Sambal Nasi Lemak Mengancam

Sunday 9 April 2017

Sambal Nasi Lemak Mengancam


Assalamualaikum... Apa khabar mak-mak sekalian. Masak apa di hujung minggu ni. 

Hari ni ibu masak nasi lemak permintaan anak dara ibu. Perasan tak lain orang lain sambalnya samada warna dan rasa...


Hari ni ibu nak share sambal nasi lemak cara ibu.. Seminggu atas meja pun tak berkulat atau rosak. Dan warna merah gelap tanpa kita letak kicap tau.. Caranya mudah jer tau 
  • Panaskan minyak dan masukkan cili mesin (kuantiti tu depends pada brape byk nasi yg kita masak.blh agaklah kan. Kalau ibu sambal mesti lebih sebab anak-anak ibu memang hantu sambal.)
  • Masukkan 1 sudu gula...kacau rata-rata biar cili tadi garing dan berkaramel..karamel gula tu lah yang akan menggelapkan sambal kita.
  • Dah garing, nampak minyak dah mula naik barulah masukkan bawang mesin, kacau rata-rata biar bawang bercampur ngan cili tadi dan betul-betul garing. Sambal kalau masih terasa bawang tu yang mencacatkan kesedapan rasa sambal.Api jangan terlalu kuat nanti hangit plak sambal kita. 
  • Dalam pada itu bolehlah masukkan asam jawa. ibu suka guna asam jawa adabi tu.. takyah nak bancuh lagi dah. masukkan terus ke dalam kuali. lain-lain perasa tambahan bergantung pada citara sendiri. ada sesetengah orang letak belacan, ajinomoto, gula melaka (nissang, nisse,gula kabung) semua boleh. 
  • Dah naik minyak, rasa pun dah cukup boleh lah tutup api dan hidangkan dengan ayam goreng, telur rebus, bilis goreng dan juga hirisan timun.

Selamat mencuba..

Sekiranya anda berminat dengan rangkaian produk Shaklee boleh lah berhubung dengan ibu.. Inshaallah rundingan percuma dan ekslusif untuk semua customer ibu. 


Nor Faizah Sulong


Pakar Vitamin Supermak 


  1.  

0 comments :

Post a Comment