Bayam Brazil

Wednesday 21 February 2018

Bayam Brazil


Assalamualaikum semua kesayangan ibu. 

Lama dah tak menulis kat sini dek kerana kesibukan. 

Hari ni ibu nak bercerita tentang Bayam Brazil sejenis tumbuhan kategori herbal. Sebelum ni tak pernah ibu ambik tahu pun tentang pokok ni. 


Minggu lepas ibu dapat “balasan” dari seorang teman setelah ibu bagi dia buah kedondong dari “kebun bira pagar” ibu.  Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Tak gitewwww


Balik rumah terus ibu makan mentah sebagai ulam nasi. Rasanya lemak-lemak gitu. Sedap. Ini kali pertama ibu tengok dan rasa. 


Esoknya ibu buat scramble eggs bayam brazil. Semua plak memuji sedap dan tak cukup plak hidangan scramble eggs tu. 


Takpe nanti dah hidup besar yang ibu tanam tu, hari-hari ibu masak scramble eggs bayam brazil.


Sedikit info tentang Bayam Brazil yang mungkin ramai yang tak tahu. 

Bayam brazil adalah tumbuhan menjalar yang dah banyak ditanam di Malaysia secara individu dan sebagai hiasan juga. Penjagaannya tidaklah cerewet seperti tanaman yang lain. ia mudah dijaga dengan hanya boleh ditanam dalam pasu atau batas. Tuai daun muda untuk dijadikan sayur tumis atau boleh juga dijadikan salad.

Bayam brazil ditanam menggunakan keratan batang. Sediakan tanah berkualiti tinggi, cucuk keratan batang bayam brazil kira-kira 4 inci dalam tanah dan siram. letak ditempat separa teduh untuk proses percambahan tunas baharu. 2 minggu hingga 3 minggu keratan batang mengeluarkan tunas baru dan bolehlah dibubuh baja subur disekeliling pangkal pokok untk mendapatkan tunas baharu yang cantik.

Tuai daun muda untuk dijadikan sayur. Daun muda bayam brazil boleh dimasak pelbagai resepi kesukaan sendiri. Untuk memperbanyakkan pokok bayarm brazil anda, potong beberapa batang separa tua dan tanam semula pada bekas yang lain. Pokok bayam brazil boleh ditanam di atas batas atau pasu bersesuaian dan menyukai cahaya matahari penuh.

Serangga yang sering menggangu pokok ini ialah siput babi dan lintah bulan, belalang juga menyukai memakan daun ini. selain itu apid juga menyukai pokok ini dengan membiak di celah-celah batang pokok. Guna racun organik untuk membunuh apid. Tabur racun siput babi di tepi pangkal pokok untuk mengelak serangan dari siput dan lintah bulan.

nurcahya769.blogspot.my
Boleh makan mentah sebagai ulam. 


Scramble eggs Bayam Brazil jadi rebutan anak-anak 


Moga hidup subur. Pic ni selepas 3 hari ibu cucuk dalam bekas. Dah nampak tunas baru. 


Nak kena perelokkan kebun ibu, nak tambah lebih banyak lagi tanaman herba.


Terima kasih ummi aneta ahmad  perkenalkan Bayam Brazil ni kat ibu. 


0 comments :

Post a Comment