Pengasuh

Thursday 4 May 2017

Pengasuh


Melahirkan Puteri Inara Meriza 8 bulan yang lalu adalah saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh seluruh ahli keluarga. Almaklumlah ibu dah lama tak beranak kecil. Selama ni duk peluk cium baby bambam (si Faiz) tu ler.. Sekarang sejak ada baby dah kurang manjanya . Asyik kena marah je katanya. 😖


Bezanya kali ni, Inara lahir tatkala ibu menyandang title surirumah kehormat merangkap WAHM. Sebelum kelahiran lagi ibu dah nekad nak full breastfeeding. Alhamdulillah Allah makbulkan dan rezeki Inara (susu ibu) melimpah ruah cukup untuk keperluan Inara. Zaman kakak Dina & Abang Faiz dulu ibu breast feeding juga tapi campur dengan Susu Formula. Time tu ibu bekerja dan support penyusuan ibu kurang nak dibndingkan sekarang. Ilmu penyusuan ibu lebih mudah untuk dikongsikan melalui blog dan sebagainya. 


Cabaran full breastfeeding ni besar rupanya. Kalau hati tak kental boleh menangis hari-hari tepi buai anak tau. Inara tak boleh hilang kelibat ibu, dia akan tercari-cari. Lebih teruk lagi melalak macam orang sakit walaupun ada ayah, kakak-kakak kat tepinya. Nak ibu juga. 
Sebab tu lah time dia tidur ibu akan jadi macam pelari pecut. Semua nak sentuh, nak siapkan. Kekadang naik juga meter stress. (Rupanya tak kuat juga ibu ni)

Terfikirlah juga macam mana perasaaan pengasuh anak-anak ibu dulu. Ibu hantar pagi ambik lewat petang. Kadang-kadang ambik malam. Masa diorang banyak dengan pengasuh. Macam mana pengasuh lunaskan kerja-kerja rumahnya di samping menjaga anak-anak kita. Dia mesti nak masak, kemas rumah dan uruskan hal-hal anak sendiri.

Besar jasa pengasuh ni. Sebab mereka dah memudahkan kita untuk keluar mencari rezeki. Demi kelangsungan hidup di zaman moden ni. Dan kita juga sebenarnya membantu juga surirumah untuk dapat income. Hidup ni saling berkait, saling bergantung antara satu sama lain kan!
Macam lagu Katak oh Katak tu. 

Ibu rasa tips untuk hubungan yang lebih baik antara pengasuh, kita dan anak-anak adalah:-

1) Jangan anggap pengasuh adalah pengasuh. Anggaplah mereka sebahagian daripada ahli keluarga kita.

2) Bahasakan pengasuh dengan panggilan mak, ibu, ummi (sama dengan panggilan anak-anak pengasuh tu). tapi kalau pengasuh kita tu maid Indon terpulanglah.Ibu dulu bahasakan makcik kat bibik

3) Jangan berkira - Ringan ringankan tangan hulur kan cenderahati bila kita outstation, baju raya, makanan atau upah lebih.

4) Bawa bekal makanan untuk anak-anak tu, beli lah lebih sekali sekala. Biar anak kita dapat makan sama-sama dengan diorang

5) Jangan terlalu cerewet - Contohnya anak pakai baju lain seluar lain (bukan matching) janganlah tunjuk muka atau komplen. Janji anak kita tak telanjang sudah.
Hehehe ibu lah tu, memang tak suka kalau anak tak pakai ikut pasangannya. ini cerita dulu lah. 🤣

Botol susu berkerak, bawa balik rumah cuci sendiri bersih-bersih. tak payah nak mengimel itu ini. Orang nak jaga anak kita pun mujur tau. Sekarang nak cari pengasuh bukan mudah. Dan kosnya bukan murah macam dulu. Kalau kat Kemaman ni jaga baby rm300 tu rate murah tau. Bayangkan kalau ada 2 3 orang anak. 


Dan nak jadi pengasuh  pulak, kena bersedia mental dan fizikal juga. Sabar biarlah secukupnya nak melayan karenah anak-anak ni. Kalau ada yang tak puas hati bawa berbincang.Usah lepaskan kemarahan pada anak-anak yang tak berdosa. Parents diorang dah amanahkan anak-anak mereka untuk dijaga, tunaikan sewajarnya. 

Bila tengok kisah anak-anak disakiti oleh pengasuh mereka, meruntun jiwa keibuan ni. Kalau dah tak sanggup nak jaga maklumkan pada parents diorang. Anak-anak tak berdosq sebab mereka know nothing. Jangan kita musnahkan keindahan zaman anak-anak mereka.

Ibu sebenarnya berterima kasih dan terhutang budi sangat-sangat pada pengasuh-pengasuh kepada Puteri Irdina Meriza dan Putera Dania Faiz suatu waktu dulu. 

Kak Mie (mok) , Kak Ha (mama), Kak La (mok) juga pengasuh-pengasuh kat Tadika Raudah & Taska Noraini. Bertukar-tukar pengasuh itu perkara biasa. Alhamdulillah kami masih berukhwah walaupun jarang bersua muka. Semoga kalian terus dirahmati Allah. Halalkan makan minum dan salah silap anak-anak ibu. 

Puteri Inara Meriza binti Kamaruzaman, bersyukurlah kerana Inara tak merasa ditinggalkan dengan pengasuh seperti kakak & abang. Doakan ibu diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur untuk terus memeluk dan mencium kalian sepanjang hayat ibu. Dan ibu senantiasa ada untuk kalian di saat waktu perlu kalian. 

Dan ibu-ibu yang bekerja, semoga Allah lindungi anak-anak kita.. Sesunguhnya kebergantungan kita hanya padaNya. Dia sebaik-baik perancang.


Ingin mendapatkan supplimen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya dari rumah?
Hubungi ibu untuk :

FREE CONSULTATION, AFFORDABLE PRICE & OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Shaklee Independent Distributor
SID: 1076827
call/wassap/telegram
016.920.6760
#ibufaizjualShaklee
#vitaminsupermak


Semoga bermanfaat. Segala kebaikkan datang dari Allah. Dia sebaik-baik perancang. 

Feel free to share. 
"healthy wealthy"
Master to Be
Nor Faizah Sulong







0 comments :

Post a Comment