Khasiat Jagung

Monday 17 April 2017

Khasiat Jagung


Jagung oh Jagung

2 minggu ni ibu asyik makan jagung jer.. Kebetulan anak beranak ibu tanam jagung. memang sedap jagung dia.. Lepas tu plak en suami ada event kat Cameron Highland bawa balik jagung. Anak saudara pun bercuti Cameron Highland bawa balik jagung juga sebagai ole-oleh untuk mak saudara bongsu diorang ni. Merebus jagung ler jawabnya. 

Jagung tak perlu direbus terlalu lama cukup air gelegak dah boleh tutup api. Jangan lupa tambah sedikit garam.. wallah sedap weh 

 
Ni jagung yang saudara ibu tanam..tersusun jer kan..manis dan sedap


Jagung pun sedap dibuat bubur.. letak daun pandan dan gula melaka.. memang wangi membangkit selera lah. 

Nanti ibu kongsi resepi bubur jagung pada next entry yea. sabar!


Jagung ni banyak khasiat sebenarnya yang mungkin kita tak pernah tahu. 

Jagung bagus untuk ibu menyusu macam ibu ni. Dapat membanyakkan susu ibu.

Jagung sangat tinggi mineral dan juga antioksidan.. Sebab itulah Shaklee telah memilih jagung untuk ramuan VITAMIN C nya. Rasa macam tak percayakan. Dulu pun ibu ingatkan Vitamin C Shaklee dari citrus / oren.. rupa-rupanya dari ekstrak JAGUNG.



Kenapa Shaklee pilih Jagung? 

Shaklee memilih jagung kerana sumber daripada jagung ini adalah yang terbaik. Uniknya sumber vitamin yang terdapat di dalam jagung tidak akan hilang atau berkurang khasiatnya walaupun dimasak, direbus, dan dibakar berbanding dengan buah-buahan yang lain yang biasanya cepat rosak atau hilang atau berkurangan.

Kebanyakan sumber vitamin c daripada buah-buahan citrus tinggi dengan kandungan asid. Jika diambl secara berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit.

Disebabkan itu para saintis Shaklee menggunakan ekstrak jagung untuk mengelak sakit perut, cirit-birit dan gastrik.

 

Kelebihan Jagung 

  • Jagung kaya dengan vitamin A, iaitu asas untuk kulit dan penglihatan yang sihat.
  • Jagung boleh membantu mengatasi masalah penghadaman termasuk sembelit, kanser usus dan membantu mengurangkan risiko terkena kanser usus kerana jagung kaya dengan sumber fiber yang mana secawan jagung membekal hingga 18% keperluan fiber . 
  • Jagung kaya dengan sumber vitamibn B, iaitu Thiamin dan Niacin. Thiamine untuk mengekalkan saraf yang sihat dan Niacin mengatasi masalah kekurangan zat kepada badan sesorang. 
  • Jagung juga membekal sumber vitamin E (antioksidan) yang sangat penting untuk membantu mencegah pelbagai jenis kanser, melambatkan proses penuaan, merendahkan paras kolesterol, melindungi badan dari pencemaran alam sekitar dan asap rokok, melindungi dari penyakit jantung dan strok dan lain-lain. 
  • Jagung membekal Asid Panthithenic iaitu sumber vitamin yang membantu memetabolismekan karbohidrat, protein dan lemak. 
  • Jagung membekalkan sebahagian besar keperluan Asid Folik kepada badan kita. Kekurangan asid folik terutama wanita mengandung akan meningkatkan risiko seseorang ibu melahirkan bayi dengan masalah neural tube. Malah bayi juga berisiko mengalami masalah kurang berat badan semasa dilahirkan dan ibu pula berisiko mendapat anemia. 
  • Jagung turut membekal fosforus yang mana ia penting untuk kesihatan tulang dan buah pinggang. Magnesium pada jagung pula membantu mengekalkan kesihatan jantung dan menguatkan tulang. 

  • Jagung mempunyai Phenolic Phytochemicals yang berfungsi untuk merendahkan paras gula dalam darah dan sangat membantu mengatasi tekanan darah tinggi. 

 

Nutriferon juga membantu untuk meningkatkan sistem immune badan. 


Semoga bermanfaat. Nak tahu lebih lagi tentang #vitaminsupermak, inshaallah ibu boleh kongsikan. 


supermak
Nor Faizah Sulong



0 comments :

Post a Comment