Panasnya cuaca

Saturday 6 May 2017

Panasnya cuaca


Ya Allah, panasnya cuaca sekarang. Ibu yang keluar masuk ambil hantar anak sekolah pun terasa penat. Macam mana lah anak-anak kat sekolah yea! 


Memang diorang penat. Balik dari sekolah masuk kereta moyot je, mulut muncong jer. Ibu tanya pun jawab tak jawab jer kan. Mula lah beremosi! 


Ibu ada tips yang mungkin boleh dikongsikan untuk mak-mak hiburkan hati anak-anak yang kehabisan bateri tu. 😅 


1) Bekalkan anak-anak "air masak" ke sekolah. Air manis tak digalakkan sebab kat kantin sekolah memang jual air manis kan. 


2) Pesan kat anak-anak waktu rehat jangan berkejar-kejar dengan kawan-kawan bawah terik matahari. Nanti penat!


3) Bagi duit belanja lebih untuk anak-anak beli ais krim atau air kat tepi pagar sekolah. Dapatlah diorang basahkan tekak terutama anak-anak yang balik sekolah dengan bas sekolah. 


4) Mak-mak sediakan bekal air dari rumah, standby dalam kereta. Buatlah air sejuk kegemaran mereka. Masuk je kereta mak-mak hulur air favourite diorang. Mesti senyum sampai telinga kan! 


5) Jangan biarkan anak-anak menunggu terlalu lama. Set check point dan masa untuk anak-anak. Contoh pukul 1.30 abang tunggu bawah pokok tempat makcik jual air. Mak-mak tak perlu nak matikan enjin, boleh drive thru jer. 


6) Bila anak-anak masuk kereta usah diasak dengan pelbagai soalan. Mak-mak bawa bertenang dulu yea. Biar anak kita rehat dan melepaskan lelahnya dulu. Sebab lepas mandi dan makan diorang nak ke kelas mengaji pulak kan. 


7) Masak lauk favourite anak-anak. Bila ditanya ibu masak apa?! Semestinya lauk favourite abang/kakak! Mesti diorang seronok dan tak sabar nak sampai rumah. 


8) Selalu ingatkan anak-anak, panas dunia kita dah bersungut apatah lagi panas kat sana nanti. Bagi cerita-cerita yang boleh menginsafkan dan buat anak-anak lebih bersyukur dengan nikmat Allah Taala kurniakan. 


Kita sebagai mak-mak ni kena pandailah main watak. Watak yang berbagai-bagai. Kadang-kadang kita boleh jadi macam Ustazah sekolah, kadang-kadang bertukar macam warden asrama, kadang-kadang macam pari-pari Cinderella.😂 


Mmmm serba boleh!! Dah memang mak-mak dilahirkan begini. 


Apa pun inilah moment yang tak mungkin dapat kita ulangi lagi suatu hari nanti. 


 
Foto: Minuman tenaga 

Ingin mendapatkan supplimen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya dari rumah?
Hubungi ibu untuk :

FREE CONSULTATION, AFFORDABLE PRICE & OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Shaklee Independent Distributor
SID: 1076827
call/wassap/telegram
016.920.6760
#ibufaizjualShaklee
#vitaminsupermak


Semoga bermanfaat. Segala kebaikkan datang dari Allah. Dia sebaik-baik perancang. 

Feel free to share. 
"healthy wealthy"
Master to Be
Nor Faizah Sulong



0 comments :

Post a Comment