Nasi Ayam Gegas

Sunday 28 January 2018

Nasi Ayam Gegas


Assalamualaikum semua. Ni cerita hari Jumaat baru-baru ni. Baru hari ni berpeluang berkongsi kepada semua pembaca blog ibu. 


Dalam perjalanan hantar Abang Faiz ke kelas Kafa perbualan kami menjurus kepada Menu Hari Ini. Anakanda Faiz request nasi ayam. 


Selepas menghantar ke kelas ibu singgah sekejap kat Padang Astaka sekadar nak berjogging mengeluarkan peluh. 


Duk ralit berjongging tak sedap jam dah hampir 10pagi. Sedikit rushing lah ibu menuju ke pasar borong.  Ibu suka beli ayam kat situ sebab dia dah potong dan asingkan bahagian-bahagian ayam(ayam fresh). Pilihan ibu semestinya kepak & peha. 


Sampai rumah Inara merengek nak menyusu. Spent masa untuk Inara menyusu seketika. Lepas tu terus masuk dapur cuci dan perapkan ayam sebab jam 11 pagi nak jemput abang Faiz pula. Begitulah penuhnya jadual harian ibu. (kesat peluh kat dahi)


Sebelum keluar jemput abang Faiz ibu perapkan terlebih dulu ayam, balik nanti baru masak nasi dan sup. Seringkas yang boleh tapi sedap. 


“macam mana ibu pandai masak. Ibu masak selalu sedap”

“Faiz kena belajar lah masak nanti nak ajar ‘anje’ Faiz masak plak. Ataupun suh je ‘anje’ Faiz belajar masak dengan ibu” 


Sambil makan sambil berceloteh. Anje tu panggilan impian abang Faiz untuk bakal isterinya suatu hari nanti. Owwhh anak. 


Kat sini ibu kongsikan Resepi Nasi Ayam Gegas ibu. Sebenarnya sama je dengan nasi ayam biasa. Ibu namakan nasi ayam gegas tu sebab ia dimasak dalam keadaan nak cepat. Sebab tu lah Gegas hee.



Bahan Perapan

Halia (sebesar ibu jari)
Bawang putih (3 4 ulas)
Bawang merah (4 5 ulas)
Sos lada hitam
Italian herbs 
Garam
Gula 

Bakar dengan suhu 180•c selama 1 jam. 


Gaulkan rata-rata pada ayam. Lagi lama perap lagi sedap. 

Ayam yang dah dibersihkan sebelum diperap


Gaul rata dan perap seketika



Bahan untuk Nasi

5 pot beras (cuci dan toskan)
1 labu bawang besar (potong dadu)
halia (ketuk atau hiris )
daun pandan
2 Kiub Ayam (jenama apa terpulang)
Marjerin (untuk menumis)


Cara-caranya

Panaskan 2 sudu marjerin dan tumiskan bawang & halia hingga naik bau. 

Masukkan beras kacau sebati dan masukkan air. Bergantung kepada jenis beras. 

Masukkan 2 ketul kiub ayam dan daun pandan. Kacau sehingga kiub ayam tu betul-betul larut. 

Lepas tu tutup periuk tunggu hingga nasi masak. 



Bahan-bahan Sup 

Halia (hiris)
Bawang putih (ketuk)
Bawang Besar (potong dadu)
Kiub Ayam
Daun sup
Aksesori (bunga kobis, lobak merah terpulang)


Cara-caranya 

Tumis bawang besar, bawang putih, halia hingga naik bau. 

Masukkan air dan kiub ayam. Tunggu menggelegak. 

Masukkan sayur (aksesori) 

Tak perlu masukkan perasa sebab kiub ayam tu dah secukup rasa.

**petua nak sedapkan sup, masukkan batang beserta akar daun sup yang dicuci bersih.


Bahan-bahan Sambal Lada

5 tangkai Cili padi (kalau nak pedas)
3 tangkai Cili besar 
2 ulas Bawang putih
1 biji Tomato 
Limau Nipis/kasturi (ambil airnya)
Garam & Gula


Cara-caranya

Masukkan semua bahan-bahan tadi campurkan sedikit air dan blend. 

Panaskan bahan-bahan blend ni  hingga mendidih. Pastu hidangkan.


Semuanya dah siap dan boleh dihidangkan dengan salad, tomato dan timun. 



Ayam yang siap dibakar dalam suhu 180•c selama 1 jam. Juicy kan. 



Gambar nasi ibu lupa nak snap. Kaki abang Faiz bersimpuh atas kerusi sdg menikmati Nasi Ayam Gegas. 



Selamat mencuba. 




0 comments :

Post a Comment