Wednesday 21 February 2018

Bayam Brazil


Assalamualaikum semua kesayangan ibu. 

Lama dah tak menulis kat sini dek kerana kesibukan. 

Hari ni ibu nak bercerita tentang Bayam Brazil sejenis tumbuhan kategori herbal. Sebelum ni tak pernah ibu ambik tahu pun tentang pokok ni. 


Minggu lepas ibu dapat “balasan” dari seorang teman setelah ibu bagi dia buah kedondong dari “kebun bira pagar” ibu.  Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Tak gitewwww


Balik rumah terus ibu makan mentah sebagai ulam nasi. Rasanya lemak-lemak gitu. Sedap. Ini kali pertama ibu tengok dan rasa. 


Esoknya ibu buat scramble eggs bayam brazil. Semua plak memuji sedap dan tak cukup plak hidangan scramble eggs tu. 


Takpe nanti dah hidup besar yang ibu tanam tu, hari-hari ibu masak scramble eggs bayam brazil.


Sedikit info tentang Bayam Brazil yang mungkin ramai yang tak tahu. 

Bayam brazil adalah tumbuhan menjalar yang dah banyak ditanam di Malaysia secara individu dan sebagai hiasan juga. Penjagaannya tidaklah cerewet seperti tanaman yang lain. ia mudah dijaga dengan hanya boleh ditanam dalam pasu atau batas. Tuai daun muda untuk dijadikan sayur tumis atau boleh juga dijadikan salad.

Bayam brazil ditanam menggunakan keratan batang. Sediakan tanah berkualiti tinggi, cucuk keratan batang bayam brazil kira-kira 4 inci dalam tanah dan siram. letak ditempat separa teduh untuk proses percambahan tunas baharu. 2 minggu hingga 3 minggu keratan batang mengeluarkan tunas baru dan bolehlah dibubuh baja subur disekeliling pangkal pokok untk mendapatkan tunas baharu yang cantik.

Tuai daun muda untuk dijadikan sayur. Daun muda bayam brazil boleh dimasak pelbagai resepi kesukaan sendiri. Untuk memperbanyakkan pokok bayarm brazil anda, potong beberapa batang separa tua dan tanam semula pada bekas yang lain. Pokok bayam brazil boleh ditanam di atas batas atau pasu bersesuaian dan menyukai cahaya matahari penuh.

Serangga yang sering menggangu pokok ini ialah siput babi dan lintah bulan, belalang juga menyukai memakan daun ini. selain itu apid juga menyukai pokok ini dengan membiak di celah-celah batang pokok. Guna racun organik untuk membunuh apid. Tabur racun siput babi di tepi pangkal pokok untuk mengelak serangan dari siput dan lintah bulan.

nurcahya769.blogspot.my
Boleh makan mentah sebagai ulam. 


Scramble eggs Bayam Brazil jadi rebutan anak-anak 


Moga hidup subur. Pic ni selepas 3 hari ibu cucuk dalam bekas. Dah nampak tunas baru. 


Nak kena perelokkan kebun ibu, nak tambah lebih banyak lagi tanaman herba.


Terima kasih ummi aneta ahmad  perkenalkan Bayam Brazil ni kat ibu. 


Sunday 28 January 2018

Nasi Ayam Gegas


Assalamualaikum semua. Ni cerita hari Jumaat baru-baru ni. Baru hari ni berpeluang berkongsi kepada semua pembaca blog ibu. 


Dalam perjalanan hantar Abang Faiz ke kelas Kafa perbualan kami menjurus kepada Menu Hari Ini. Anakanda Faiz request nasi ayam. 


Selepas menghantar ke kelas ibu singgah sekejap kat Padang Astaka sekadar nak berjogging mengeluarkan peluh. 


Duk ralit berjongging tak sedap jam dah hampir 10pagi. Sedikit rushing lah ibu menuju ke pasar borong.  Ibu suka beli ayam kat situ sebab dia dah potong dan asingkan bahagian-bahagian ayam(ayam fresh). Pilihan ibu semestinya kepak & peha. 


Sampai rumah Inara merengek nak menyusu. Spent masa untuk Inara menyusu seketika. Lepas tu terus masuk dapur cuci dan perapkan ayam sebab jam 11 pagi nak jemput abang Faiz pula. Begitulah penuhnya jadual harian ibu. (kesat peluh kat dahi)


Sebelum keluar jemput abang Faiz ibu perapkan terlebih dulu ayam, balik nanti baru masak nasi dan sup. Seringkas yang boleh tapi sedap. 


“macam mana ibu pandai masak. Ibu masak selalu sedap”

“Faiz kena belajar lah masak nanti nak ajar ‘anje’ Faiz masak plak. Ataupun suh je ‘anje’ Faiz belajar masak dengan ibu” 


Sambil makan sambil berceloteh. Anje tu panggilan impian abang Faiz untuk bakal isterinya suatu hari nanti. Owwhh anak. 


Kat sini ibu kongsikan Resepi Nasi Ayam Gegas ibu. Sebenarnya sama je dengan nasi ayam biasa. Ibu namakan nasi ayam gegas tu sebab ia dimasak dalam keadaan nak cepat. Sebab tu lah Gegas hee.



Bahan Perapan

Halia (sebesar ibu jari)
Bawang putih (3 4 ulas)
Bawang merah (4 5 ulas)
Sos lada hitam
Italian herbs 
Garam
Gula 

Bakar dengan suhu 180•c selama 1 jam. 


Gaulkan rata-rata pada ayam. Lagi lama perap lagi sedap. 

Ayam yang dah dibersihkan sebelum diperap


Gaul rata dan perap seketika



Bahan untuk Nasi

5 pot beras (cuci dan toskan)
1 labu bawang besar (potong dadu)
halia (ketuk atau hiris )
daun pandan
2 Kiub Ayam (jenama apa terpulang)
Marjerin (untuk menumis)


Cara-caranya

Panaskan 2 sudu marjerin dan tumiskan bawang & halia hingga naik bau. 

Masukkan beras kacau sebati dan masukkan air. Bergantung kepada jenis beras. 

Masukkan 2 ketul kiub ayam dan daun pandan. Kacau sehingga kiub ayam tu betul-betul larut. 

Lepas tu tutup periuk tunggu hingga nasi masak. 



Bahan-bahan Sup 

Halia (hiris)
Bawang putih (ketuk)
Bawang Besar (potong dadu)
Kiub Ayam
Daun sup
Aksesori (bunga kobis, lobak merah terpulang)


Cara-caranya 

Tumis bawang besar, bawang putih, halia hingga naik bau. 

Masukkan air dan kiub ayam. Tunggu menggelegak. 

Masukkan sayur (aksesori) 

Tak perlu masukkan perasa sebab kiub ayam tu dah secukup rasa.

**petua nak sedapkan sup, masukkan batang beserta akar daun sup yang dicuci bersih.


Bahan-bahan Sambal Lada

5 tangkai Cili padi (kalau nak pedas)
3 tangkai Cili besar 
2 ulas Bawang putih
1 biji Tomato 
Limau Nipis/kasturi (ambil airnya)
Garam & Gula


Cara-caranya

Masukkan semua bahan-bahan tadi campurkan sedikit air dan blend. 

Panaskan bahan-bahan blend ni  hingga mendidih. Pastu hidangkan.


Semuanya dah siap dan boleh dihidangkan dengan salad, tomato dan timun. 



Ayam yang siap dibakar dalam suhu 180•c selama 1 jam. Juicy kan. 



Gambar nasi ibu lupa nak snap. Kaki abang Faiz bersimpuh atas kerusi sdg menikmati Nasi Ayam Gegas. 



Selamat mencuba. 




Monday 22 January 2018

Takde lagi Minyak YuYi Cap Limau


Siapa tak kenal minyak Yuyi Cap Limau. Ibu mula kenal minyak Yuyi Cap Limau sejak dapat anak saudara. Anak saudara pun dah beranak pinak. Bayangkan lah. 


Lepas ibu melahirkan anak sulung pada tahun 2003 dan seterusnya anak ke dua pada tahun 2007, memang guna minyak yuyi ler. Glamour sungguh. Ibu pun suka baunya. Time tu mungkin tak meluas sangat minyak-minyak bayi homemade ataupun tak dapat iklan meluas tak macam sekarang ni semua hujung jari. 


Sejak kenal Shaklee ibu lebih berhati-hati dan lebih memilih produk-produk yang berasaskan semulajadi. Sebolehnya taknak kenal langsung produk yang bercampur dengan bahan-bahan kimia. 


Bila disahkan mengandungkan Inara pada Januari 2015 mulalah mencari-mencari set penjagaan bayi yang beasaskan sumber-sumber natural. 


Terjumpalah Set Penjagaan Bayi Najlaa. Time tu ada Sakura Soap, Lotion, Essential oil, herbal oil, cream. Harga ibu lupa, boleh cari agent-agent Najlaa yang sah. Agent-agent pun korang boleh cari sendiri kat fb, IG, Blog etc. Ku buat review ikhlas hati bukan berbayar since Inara sedang selesema sekarang ni. Sekadar berkongsi pengalaman dengan Najlaa dan membantu mak-mak yang sedang mencari set penjagaan bayi. 


Yang paling ibu suka adalah herbal oil. Untuk kegunaan hari-hari biasa, sapu pada perut, dada dan belakang baby setiap kali lepas mandi. Juga kat belakang betis supaya hilang lenguh-lenguh atau kembung.


Mampu melegakan hidung bayi tersumbat akibat selesema. Sangat berkesan. Sapu pada dahi dan batang hidung, inshaallah hingus pun mudah kering. 


Ingat lagi masa dalam wad melahirkan Inara. Ada sorang bayi menangis tak henti-henti. Puas nurse dukung dan dodoikan. Waktu tu ibu bayi tu masih tak boleh bangun kerana bersalin czer. Tiba-tiba seorang nurse datang kat ibu bertanyakan ada minyak panas tak nak cuba sapu kat baby tu. Mungkin dia mengalami kembung perut. Ibu hulurkan herbal oil ni. Sejurus lepas tu bayi tadi terus diam dan tertidur.


Nurse pun memuji minyak ni,sebab berjaya “mendiamkan” bayi tadi. 


Ni adalah botol ke 4 Inara kalau tak silap. Memang ibu berpuas hati dan baunya pun sedap ramuan herbal terdiri daripada halia bara, kunyit, lavender, buah pala, dedaun herba, habbatus sauda dan lada hitam. 


Mak mertua pun suka minyak ni sapu kat betisnya. 


Pada ibu-ibu yang nak mencuba boleh lah 
cari agent-agent sah Najlaa. Inshaallah membantu masalah anak-anak anda. 


#diarisupermak
#inspirasihawa

Sunday 21 January 2018

Maafkan ibu, abang Faiz


Kata-kata seorang doktor tempohari benar-benar memberi tamparan hebat buatku. Terasa panas pipi kiri dan kanan. Tiada lain hanya mengangguk mengakui kebenaran.


Bukan soal asthma atau batuk yang jadi topik utama rundingan, Sedangkan tujuan utama adalah kerana abang Faiz selesema, batuk dan dah nak jadi asthma.


Sempat berbual dengan salah seorang uncle India sementara menunggu giliran kami dipanggil. Menurut uncle tu klinik ni adalah the best klinik in town. Kiranya doktor otai lah. No wonderlah kliniknya agak oldskul. Tak kisahlah janji abang Faiz perlu dirawat segera.


Asalnya abang Faiz tersilap makan, ada pes udang dalam mee jawa. Abang Faiz memang alah pada seafood dan sebolehnya dia akan mengelak dari makan seafood. Diniharinya terus bersin tak berhenti. Pada awalnya kami ke farmasi untuk beli ubat selesema dan batuk. Tengok pada keadaannya yang takde berkurang, tengok bernafas pun tercungap-cungap memaksa kami mencari klinik di kawasan berdekatan ngan hotel yang kami menginap. 


Apabila nama abang Faiz dipanggil, buka pintu terus disapa mesra oleh doktor India yang umurnya mungkin sekitar lewat 60an.


Lepas cek  abang Faiz, doktor terangkan pasal ubat yang nak dibekalkan. 


“tak perlu buat nebuliser ke doktor. Saya tengok dia macam susah nak bernafas” 

Ibu bertanya sebab biasanya banyak klinik yang dikunjungi sebelum ini biasanya akan diberi nebuliser.

“not to worry. no need to neb. Just makan ubat yang saya kasi ni. But mesti mau ingat yea, takkan baik dalam 1 hari” explain doktor tu dengan telor Indianya. 


“one more thing, you have control dia punya makan.Nasi, roti jangan banyak. Ikan, ayam you kasi banyakk takpe.”


Kurangkan Karbohidrat dan lebihkan protein. Ibu paham tu.


“if you tak control dia makan dari sekarang, 20 tahun akan datang dia akan jadi”..... sambil tunjuk isyarat kedua tangannya. 


Yea ibu paham isyarat tu. Maksud doktor anak  ibu akan jadi lagi lagi gemuk. ( rasa nak nangis bila doktor cakap gitu. kesiannya anak aku. Macam mana life dia bila badannya macam  doktor gambarkan tu)


“no KFC, McD, Pizza, all fast food, sugar, coke . If tak control semua tu mesti ada kencing manis. Sure!”


Sekali lagi rasa nak menangis. Doktor ni dah kenapa. (Bisik dalam hati). Nak menakut-nakutkan aku ker. 


“malay zaman dulu badan kurus. Tinggal kat kampung. Makan skit-skit sebab makanan takde, susah mau dapat makanan. Kerja kuat, cangkul”... (Doktor ni perli aku ker, mentang-mentanglah ku gemuk. Saya gemuk sebab menyusukan baby, doktor. Cepat lapar. Always nak create alasan kan. Sebab tu tak kurus-kurus) 


“nowadays makanan banyak, makan banyak badan simpan makanan. Computer,computer takde exercise. Semua jadi ini macam” (tunjuk isyarat gemuk). Bersyarah panjang doktor pasal obesiti, pasal batuk selesema athma abang Faiz dah letak tepi. 


Bila difikirkan balik memang betul apa yang doktor cakap tu. Kids nowadays, lebih sukakan fast food, suka terperuk kat rumah dengan gadget, games kat conputer etc. Takde lagi macam zaman ibu dulu berkejar-kejar main bola tin,bola selipar, galah panjang, dan macam-macam lagi lah. 


Tambahan plak dengan suasana dunia hari ini, ibu sendiri bimbang nak biarkan anak-anak keluar buat aktiviti outdoors. Bahaya terlalu banyak kat luar. Aduhaiii dilema sungguh. 



Sebelum keluar bilik doktor tu, ibu buat sedikit penekanan kat abang Faiz. 


“Dengar tak apa doktor cakap tu. Kena ikut apa yang doktor cakap kalau Faiz taknak gemuk”


Faiz mengangguk paham. Tapi dalam hati ibu menjerit kuat. Camne ibu nak terus disiplinkan corak pemakanan kita ni. 




Keterujaan percutian abang Faiz kali ni hancuss, kena visit klinik 😅


Keluar bilik doktor, ibu bercerita pada ayah. Sekali lagi kena tembakan berdas-das. 


“Ayah dah cakap, betulkan apa yang ayah cakap. Tapi korang taknak dengar”


Sebenarnya bab kontrol makan ni  memang jadi pertelingkahan  antara ibu ngan ayah. 


Bila anak-anak minta belikan McD, KFC etc ayah sebolehnya akan cuba mengelak untuk belikan. Tapi bila dengan ibu, pantang anak-anak buat permintaan memang akan ibu belikan. - Ya memang salah ibu.


Stop makan malam. Tapi ibu yang risaukan anak-anak lapar jika tak makan malam. Ibu akan masuk bilik diorang dan bertanya lapar tak?Bila dah ditanya begitu mestilah jawapannya adalah lapar. - Ya memang salah ibu


Ibu masak sedap pun salah ibu. Lepas ni kita makan lauk sihat je lah yea. Singgang atau sup  sayur. Tapi lauk macam gini boleh buat ibu bertambah-tambah. 


Sebagai sokongan untuk abang Faiz lose weight, kita sekeluarga akan teruskan misi ini.
Moga-moga kita sekeluarga akan lebih sihat.




Ni contoh kudapan kita pada waktu malam. Jam 7 malam dapur ibu dah tutup. Takde lagi dinner seisi keluarga. Cheat day tu mungkin ada tengok pada kesesuian masa dan keadaan. 





Shake ESP / Cinch, Lecithin, Alfafa, Herb lax antara vitamin wajib kita ambil untuk membantu kempen kita sekeluarga.


Petang-petang kita main badminton kat laman rumah dan kayuh basikal keliling taman yea. 


Ibu tak sabar nak tengok abang faiz comel, kurus dan hensem macam dulu. 


Wish abang Faiz berjaya. Ibu pun sama. Tak sanggup naik penimbang juga . 





Ibu sebenarnya nak kurus untuk sihat. Prevention is better than cure .


Kita boleh!


#diarisupermak
#inspirasihawa




Wednesday 17 January 2018

Cegah Ulser Mulut




Bila terkena serangan ULSER mulut, fuhhhh rasa macam malas nak berhadapan dengan orang, nak buka mulut pun sakit apatah lagi nak makan waima minum air pun sakit.


Meleleh  air mata lah menahan kesakitan. Kena plak time nak kena  bercakap ulang berulang, rasa macam nak makan orang. Heeee 
Nak makan orang konon, nak senyum pun tak mampu inikan plak nak nganga. 


Lagi best klu tumbuh bukan sebiji. 2 3 biji pastu siap bercantum. Nak gosok gigi punyalah seksa. Bibir membengkak ngalahkan Angelina Jolie. 


Sebut gosok gigi, kecederaan ketika gosok gigi juga punca menyebab ulser. Rasa macam nak patah-patahkan berus gigi tu. Sakittt kot mengalir air mata. 


Tergigit ketika makan juga boleh menyebabkan Ulser. Dah sekali tergigit 2 3 kali tergigit tempat yang sama. Sudahnya menanggunglah paling tidak seminggu baru sembuh. 


Begitu juga terhantuk dengan anak kecil kat mulut. Nak marahkan anak dia masih kecil dan bukan disengajakan pun. Dia bergurau senda dengan ibu je pun. Ya Allah tebalkan lah kesabaranku. 


Selain itu juga, ulser juga dikaitkan dengan Sinus. Penghidap Sinus akan terus menanggung siksa Ulser yang akan datang dan pergi sesuka hatinya selagi sinus tidak dirawat.


Dari aspek perubatan, ulser ni berlaku kerana badan kekurangan Vitamin C. Begitu juga 
kurang minum air putih juga penyebab ulser. Sebenarnya banyak lagi. Hanya yang melalui je merasai kesakitan ini. Huahuaahuaa


Kaedah Tradisional Merawat Ulser

Air Garam - berkumur dengan air garam dua atau 3 kali sehari. Biarkan je air mata tu mengalir. Lama-lama ulser tu akan kebal dan tak sakit dah.


Air Kelapa - Kenaikan suhu tubuh manusia juga merupakan penyebab tumbuhnya ulser. Dengan minum air kelapa akan menurunkan sihu tubuh manusia. Juga minum air masak bebanyak.


Marjerin - sapu jer di sekitar bibir dan mulut yang kena ulser. Kalau tengok bibir mungil berminyak tu mereka mungkin dalam rawatan ulser. Hee


Madu - Agen pembunuh bakteria. Sedikit pedih tapi bertabahlah. Sapu 2 3 kali sehari di tempat kejadian.

Soda Penaik- Campurkan soda penaik dengan sedikit air dan sapu pada tempat ulser. 


Bonjela / Oral Aid- boleh didapati di farmasi-farmasi atau klinik klinik.








Baru Perasan Dah Lama Ulser tak singgah.

Sebenarnya saya tak perasan langsung yang dah lama saya tak berkawan dengan Ulser ni. Sejak bila exact time tu lupa. Tapi sejak setahun dua ni memang tak pernah kena lagi dah. Ya Allah syukur. Amannya. 


Dah lama tak jadi mulut Angelina Jolie. 


Baru-baru ni baby saya terhantuk kepalanya kat mulut saya hingga berdarah. Time tu mesti terfikir mesti jadi ulser dah ni. Esok mesti bengkak giler. Tapi alhamdulillah esoknya luka tu tertutup elok tanpa rasa sakit. 


Tapi macam tak notice sangat. Selang beberapa hari tercedera ketika gosok gigi. Bila berangan je time gosok gigi mesti tergelincir landasan. Baru berangan pergi melancong, duduk umah besar bak istana, duit berkepok-kepok terus lamunanku terhenti dek kesakitan. Sakit amat time tu. Tapi bertabah je lah sebab menda nak jadi. Alhamdulillah luka tak melarat dan esoknya takde sakit lagi dah.


Semalam sedang enak menjamu selera tergigit plak bibir ni. Orang-orang tua cakap ada orang mengumpat kita. Takpelah umpatlah ku tadah pahala. chewaahhhh


Bukan sekali tergigit, tapi 2 3 kali tempat yang sama. Rasa macam nak potong gigi taring sebelah kiri ni. Padahal gigi tak bersalah, orang yang mengumpat tu kalau ada memang lah salah kan. Mana boleh mengumpat heee.


Yang salahnya diri sendiri, gelojoh sangat makan. Apa lapar sangat ke semalam atau sedap sangat ke lauk semalam. Masak sendiri je kot. 


Setelah insiden demi insiden tu, barulah perasan diri ini dah bebas dari ULSER yang amat menyiksakan. Ni kiranya testimoni diri sendiri setelah hampir 2 tahun consume Vitamin C Shaklee. Memandangkan Vitamin C Shaklee termasuk dalam Set Hamil Shaklee bermakna sejak hamilkan Inara Dec 2015 sampai sekarang, Vitamin C juga ada dalam Set Menyusu Shaklee, selama itulah saya konsisten amalkan Vitamin C Shaklee. 


Vitamin C Shaklee diperbuat daripasa ekstrak jagung. Sebiji Vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji setengah buah oren. Hebatkan. 


Vitamin C akan lebih cepat menyembuhkan luka pada kulit dan lapisan mukos seperti mana entry saya yang lalu. Kebaikan Vitamin C  Vitamin C Untuk Kulit Cantik


Dengan Vitamin C juga banyak menyelesaikan permasalah kesihatan saya seperti kulit semakin lembab dan cantik secara alami. Chewahhhh


Anak-anak saya juga mengamalkannya kerana mereka mempunyai masalah sinus, bersin di waktu pagi. Anak-anak juga jarang sekali diserang selesema, batuk dan demam. Dah jarang sangat kami buat kunjungan berjemaah ke klinik.


Alhamdulillah syukur diketemukan dengan Shaklee. 


Nak cuba Vitamin C Shaklee boleh lah kontek saya yea. 


Alhamdulillah dengan izin Allah dan asbab penemuan Shaklee banyak membantu menambahbaik tahap kesihatan ramai orang. 




Harga sebiji tak sampai RM.060 dan menjimatkan. Sebotol ada 180biji bertahan hingga 6bulan sekiranya pengambila sebiji sehari


Melayan karenah anak-anak seusia ini memerlukan saya untuk lebih bertenaga dan sihat. 



Semoga bermanfaat. Segala kebaikkan datang dari Allah. Dia sebaik-baik perancang. 

Feel free to share. 
"healthy wealthy"
Master to Be
Nor Faizah Sulong
0169206760



Vitamin C untuk Kulit Cantik & Tegang Berseri


Sebagaimana yang dijanjikan entry seterusnya adalah faedah-faedah kesihatan dengan pengamalan Vitamin C dengan konsisten.


Antaranya adalah:-

* Kulit akan menjadi lebih licin, tegang, cerah dan berseri. Membantu juga menghilangkan kesan-kesan jeragat dan bintik hitam pada kulit disebabkan oleh terdedah pancaran matahari direct. 


* Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit dan lapisan mukosa (mulut, paru-paru, dan sistem gastrousus)


* Memperkuatkan sistem saluran darah dan mencegah pengerasan saluran darah. Oleh itu ia dapat membantu mencegah penyakit darah tinggi, sakit jantung koronari, strok, kerosakan buah pinggan dan sebagainya


* Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah. Dapat mencegah prnyakit seperti jamtung koronari, darah tinggi dan strok


* Membantu proses detox. 


* Meningkatkan tenaga & mencegah rasa keletihan melampau akibat stress, pemakanan, dan pencemaran persekitaran


* Mencegah penyakit SCURVI dan membantu memgurangkan tahap penyakit demam, batuk & selesema. 



Lambakan Vitamin C dalam pasaran menjadikan kita sebagai pengguna untuk lebih berhati-hati dan memilih Vitamin C yang benar-benar selamat tidak
mengandungi bahan-bahan campuran terlarang. 



Jadilah pengguna yang bijak dan tidak hanya tertarik dengan janji-janji iklan untuk melariskan produk mereka. 


Rujuklah kepada perunding kesihatan yang sah sebelum kita menggunakan sesuatu produk. 


Next entry saya akan kongsikan pengalaman saya dengan Vitamin C.


Stay tuned.




Semoga bermanfaat. Segala kebaikkan datang dari Allah. Dia sebaik-baik perancang. 

Feel free to share. 
"healthy wealthy"
Master to Be
Nor Faizah Sulong
0169206760


Kebaikan Vitamin C


Hari ni saya nak kongsikan tentang VITAMIN C : Fungsi dan Kelebihannya.


Hari ini kita lihat ramai yang sangat obses untuk cantik hingga sanggup melakukan pelbagai procedure untuk lebih cepat mendapat kesan. Yang sangat populor terhangat di pasaran kini adalah suntikan Vitamin C dan mungkin dicampur dengan kolagen dan sebagainya. 


Vitamin C merupakan vitamin larut air atau dikenali juga Ascorbic Acid. Ia amat diperlukan oleh badan manusia kerana ia tidak boleh dibina dengan semulajadi oleh badan kita. Oleh itu vitamin C perlu diambil secara oral ataupun suntikan. 


Fungsi Vitamin C 

* Sebagai anti Oksidan yang penting
* Pemulihan luka dan melecur

*Pembinaan collagen dalam badan

*Membantu tumbesaran tisu tubuh manusia

* Membantu penghasilan hormon

* Membantu penghasilan protein untuk sistem immuniti tubuh 

* Membantu pencegahan kanser, strok, sakit jantung koronari. jangkitan kuman yang teruk

*Membantu mengurangkan kolestrol darah LDL dan menambah kolestrol HDL (baik)

* Membantu mencegah atherosclerosis (mendapan kolestrol pada dinding saluran darah)

*Mencegah lebam (bruises) dan pendarahan dari gusi atau hidung tanpa sebab

* Membantu memelihara kulit sihat dan cerah

* Mencegah katarak mata

* Membantu mengawal tekanan darah tinggi

*Membantu mengawal dan mengurangkan selesema

*Membantu mengawal allergik dan resdung



Selain itu kita boleh memilih makanan yang kaya dengan Vitamin C. 



Antaranya jambu batu, belimbing, limau, betik, nenas, mangga, berries, strawberri, kiei dan sebagainya. 

Manakala sayuran seperti bayam, kangkung, asparagus, brokoli, sawi, tomato dan sebagainya juga kaya dengan Vitamin C. 



Dah tahu fungsi-fungsi Vitamin C mesti makin ramai yang taknak ketinggalan mengamalkan Vitamin C. 


Lepas ni dalam entry seterusnya saya  akan kongsikan lebih details lagi tentang faedah-faedah kesihatan melalui Vitamin C.


Stay tuned.


Semoga bermanfaat. Segala kebaikkan datang dari Allah. Dia sebaik-baik perancang. 

Feel free to share. 
"healthy wealthy"
Master to Be
Nor Faizah Sulong
0169206760